Skuad regu berpasukan negara mengesahkan tempat ke pentas separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 selepas menewaskan Korea Selatan 3-0 untuk muncul juara Kumpulan B di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Barisan regu pertama negara dibarisi Haziq Nizam (tekong), Noraizat Nordin (perejam) dan Adam Farhan (pengumpan).
Wakil negara itu tidak berdepan masalah untuk menundukan skuad kendalian Yoon Jung-Wo untuk menyumbangkan mata pertama negara dengan kemenangan 15-6,15,9.
Momentum itu diteruskan anak buah Jais Baharun untuk memastikan status selaku juara Kumpulan B dengan mata kedua selepas skuad kedua yang dibarisi Syahir Rosdi (tekong), Amirul Zazwan (pengumpan) Azlan Alias (perejam) turut melakar kemenangan 15-6,15-11.
Perlawanan ketiga pula menyaksikan Korea Selatan memberikan cabaran sengit kepada wakil negara iaitu Zulkifli Razak (tekong), Aidil Aiman (pengumpan) dan Afifuddin Razali (perejam) yang turun selaku skuad ketiga.
Korea Selatan mendahului 7-4 terlebih dahulu, namun pengalaman Zulkifli Razak memastikan mereka Kembali mengejar sekali gus menang 15-8 dalam set pertama.
Korea Selatan sukar memberikan kemenangan mudah buat Malaysia dalam set kedua, namun momentum skuad negara menyukarkan pihak lawan untuk bangkit dan tewas 15-7, kemenangan itu melengkapkan kemenangan bersih Malaysia 3-0.
Malaysia bakal turun dalam aksi separuh akhir esok berdepan India esok, manakala Korea Selatan akan menentang Thailand.