Skip to main content

Berbasikal

Terkini Petronas LTdL 2024: Matteo Malucelli pintas 'Little Gorilla' untuk muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

matteo.jpg
Pelumba JCL UKYO, Matteo Malucelli, berjaya memperoleh podium kedua saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 sebentar tadi.

Perlumbaan Peringkat Tujuh bermula di Miri hari ini melibatkan jarak sejauh 199.3 kilometer dan berakhir di garisan penamatnya di Lasar Kenyalang Bintulu.

Selepas perlumbaan yang mencecah lebih dari empat jam, pelumba dari Itali memastikan podium pertama buat apabila melepasi garisan penamat mengecewakan dua pelumba Tudor Pro Cycilng, Arvid de Kleijn dan Maikel Zijlaard.

Sementara itu, Jepun kekal memegang status sebagai pelumba terbaik Asia menerusi Manubu Ishibashi.


 

Advertisement

Must Watch Video