LTDL
Terkini Petronas LTdL 2024: Pelumba negara patah jari telunjuk
Pelumba negara, Elmi Jumari, terpaksa dikejarkan ke hospital susulan terlibat dalam kemalangan perlumbaan kedua Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 Arau-Butterworth menuju ke garisan penamat hingga menyebabkan dia berkemungkinan mengalami patah jari telunjuk kirinya.
Mengikut wartawan Astro Arena, Kamal Nizam, yang berada di lokasi kejadian Elmi sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan usai tamat perlumbaan tadi.
Perlumbaan stage kedua LTDL penuh drama ?Nur Aiman Rosli dari TSG terlibat kemalangan namun sekadar cedera ringan, Elmi Jumari dari skuad kebangsaan terpaksa dikejarkan ke hospital. Berkemungkinan patah jari telunjuk kiri ?@ASTROARENA#letourdelangkawi #LTdL2024 pic.twitter.com/Xybr8I5qNM— Kamal Nizam (@kamalnizamm) September 30, 2024
Iklan
Dalam pada itu, Terengganu Cycling Team, Nur Aiman Rosli, sekadar mengalami cedera ringan.
Saingan peringkat ketiga akan diteruskan melibatkan perlumbaan sejauh 170.3km di Taiping-Cameron Highland, esok.
Must-Watch Video