Skip to main content

Sukan

TERKINI Pembentangan Belanjawan 2026: Sektor sukan terima RM580 juta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bajet.jpg
Pembangunan sukan negara terus diperkasa dengan peruntukan lebih besar berbanding tahun lalu.

Jumlah RM580 juta bagi tahun 2026 itu diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Perdana Menteri turut memuji pencapaian yang dijelmakan sebahagian atlet negara termasuk atlet badminton yang membuktikan kemampuan mereka di pentas antarabangsa.

Dalam sesi tersebut, Anwar menyalurkan kewangan bagi pemerkasaan sukan berprestasi tinggi menerusi program Road to Gold (RTG), selain persediaan Sukan SEA dan Suka Para ASEAN.

Tidak dilupakan, atlet para dan sukan orang pekak turut mendapat perhatian Anwar. 

Selain itu, penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan belia dan sukan seluruh negara serta menaik taraf padang-padang sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi menggalakkan aktiviti pembangunan sukan negara, kerajaan juga bersetuju membenarkan organisasi yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menggunakan sebahagian daripada pendapatan diterima bagi menjalankan aktiviti sukan.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM230 juta untuk industri sukan negara secara keseluruhan.

Advertisement

Must Watch Video