MEMANAH
TERKINI Paris 2024: Tewas shoot-off, Syaqiera atlet keempat tamatkan cabaran
Pemanah recurve wanita negara, Syaqiera Mashayikh, terpaksa akur kepada kekalahan dalam pusingan ke-2 Sukan Olimpik Paris 2024 selepas wakil dari Brazil, Ana Luiza Sliachticas, menewaskannya di Les Invalides, sebentar tadi.
Selepas atlet menembak, Johnathan Wong, dan dua perenang negara, Tan Rouxin dan Khiew Hoe Yan, giliran Syaqiera pula menerima hakikat apabila disingkirkan dalam acara memanah.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada awal saingan, kedua-dua pemanah itu berkongsi mata susulan terikat kedudukan 2-2 selepas end kedua namun, Syaqiera berjaya mendahului 4-2 untuk mengheret ke end seterusnya.
Lawan dari Brazil itu kembali menyamakan mata 5-5 sebelum mereka berdua ke 'shoot-off' untuk penentuan mata pemenang.
Ana Luiza menoktahkan kemenangan berdepan atlet kelahiran Johor itu untuk melangkah ke perlawanan seterusnya.