MEMANAH
TERKINI Paris 2024: Syaqiera Mashayikh sah ke pusingan kedua
Pemanah recurve wanita negara, Syaqiera Mashayikh, akan meneruskan kemaraan dalam acara tersebut apabila memenangi pusingan pertama menentang lawan dari Moldova, Alexandra Mirca.
Atlet kelahiran Johor tersebut melakukan bidikan tepat 'bullseye' di end pertama untuk mendapatkan 30 mata dan mendahului 2-0.
Aksi bertenaga terus dipamerkan tatkala meneruskan momentum cemerlang di end kedua memintas sehingga mata ke-27 sambil mengutip bersih kedudukan 4-0.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Syaqiera berhasil ke pusingan seterusnya susulan mengutip mata bersih 6-0 dan akan bertemu wakil dari Brazil, Ana Luiza Sliachticas, di Les Invalides, selepas ini.