Terkini Paris 2024: Shah Firdaus kemalangan dalam aksi final

Muzaffar Musa
Ogos 11, 2024 19:43 MYT
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, terlibat kemalangan dalam perlumbaan final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Shah Firdaus beraksi baik dan berada dalam kelompok tiga teratas tetapi menuju ke penamat, dia terlibat dengan kemalangan dengan pelumba jepun, Shinji Nakano, sehingga terjatuh.
Pelumba berusia 28 tahun itu kemudian bangkit meneruskan perlumbaan untuk menamatkannya di tempat keempat.
Bagaimanapun, keputusannya dibatalkan untuk Shah Firdaus menamatkan saingan di tempat keenam.
Pingat emas milik pelumba pilihan dari Belanda, Harrie Lavreysen, diikuti dua pelumba Asutralia, Matthew Richardson dan Matthew Glaetzer.
#Sukan Olimpik #Shah Firdaus Sahrom #Berbasikal trek #Paris 2024
;