Terkini Paris 2024: Shah Firdaus ke final!!!
Muzaffar Musa
Ogos 11, 2024 18:50 MYT
Ogos 11, 2024 18:50 MYT
Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, layak ke final acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 meskipun menamatkan perlumbaan separuh akhir di tempat keempat sebentar tadi.
Ini selepas pelumba di tempat ketiga dari Jepun, Kaiya Ota, dibatalkan keputusannya kerana menghalang laluan dan Shah Firdaus naik ke tempat ketiga.
Dalam aksi di Velodrom Nasional Perancis itu, Shah Firdaus berada di kedudukan terbaik untuk berada dalam kelompok tiga teratas tetapi menuju ke pusingan terakhir, dia terlibat pelanggaran dengan pelumba Jerman, Luca Spiegel, sehingga mengganggu rentak kayuhannya.
Saingan berkenaan dimenangi jaguh Australia, Mattheew Richardson, di depan pelumba keirin nombor satu dunia dari Belanda, Harrie Levreysen.
Perlumbaan final dijangka berlangsung jam 7.30 malam ini.