Terkini Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama

Muzaffar Musa
Ogos 10, 2024 23:35 MYT
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perlumbaan itu terpaksa dimulakan semula dan penyertaan Azizulhasni dalam pusingan itu dibatalkan.
Difahamkan, pasukan Malaysia sedang berbincang dengan juri, yang akan menentukan kedudukan Azizulhasni dalam perlumbaan itu.
#Azizulhasni Awang #Sukan Olimpik #Berbasikal trek #Paris 2024