Jaguh muay thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, terpaksa akur dengan kekalahan menerusi keputusan pengadil dalam pertarungan yang berlangsung sebentar tadi.
Bintang muda yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, dalam pertarungan di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
Berdepan perbezaan jurang usia yang hampir 17 tahun, ia ternyata tidak mematahkan semangat Jojo berdepan petinju Muay Thai berpengalaman itu.
Pusingan pertama menyaksikan Jojo memberikan tekanan tanpa henti, melakukan serangan demi serangan.
Jojo mengajak lawan bertempur di pusingan kedua, dengan skrip sama ditampilkan, mengasak Nguyen dalam usaha untuk menghasilkan serangan demi serangan.
Di sebalik serangan ke arah kaki kiri Jojo oleh Nguyen, petinju Muay Thai negara itu tetap menampilkan corak serangan positif sehingga tamat perlawanan.
Selepas tiga pusingan berakhir, keputusan pengadil memilih Nguyen sebagai pemenang perlawanan tersebut.
Ammar Hakim
Sat Jun 08 2024