Skip to main content

Sukan Lain

TERKINI One Championship: Johan Ghazali tewas kali kedua menerusi keputusan juri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo.jpg
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, terpaksa akur dengan kekalahan ketiga selepas tewas kepada petarung berdarah Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, dalam One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, sebentar tadi. 

Paez, 31, yang sudah mengamalkan ilmu muay thai sejak berusia 15 tahun lagi didapati tidak melepasi peringkat 'ujian hidrasi' selepas dua kali melakukan percubaan semalam. 

Paez kembali menemui rentak kemenangan susulan tewas kepada Sean Climaco, Februari lalu. 

Paez yang mahir menggunakan kaki mengatur serangan dibalas dengan pukulan daripada Johan. Kedua-dua petinju itu melakukan pertahanan dengan sempurna.

Pusingan kedua menampilkan aksi agresif daripada Jojo untuk mengutip mata dan meraih perhatian penonton. 

Memasuki pusingan ketiga, Jojo seperti menerima gangguan akibat kecederaan mata, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk kembali bertempur.

Selepas diambil kira keputusan juri, Paez memperoleh kemenangan menerusi pungutan mata 2-1.

Ia sekali gus, menyaksikan Jojo kekal dengan rekod enam kemenangan sepanjang bertempur dalam One Championship.

Advertisement

Must Watch Video