Skip to main content

Sukan Lain

TERKINI ONE 170: Johan Ghazali tewas menerusi keputusan pengadil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo_1.jpg
Petinju Muay Thai negara, Johan Ghazali, menerima kekalahan kedua apabila keputusan memihak lawan dari Colombia, Johan Estupinan dalam saingan ONE 170.

Bertemu lawan yang memiliki rekod 26 kemenangan dan sifar kekalahan, Johan yang mesra disapa 'Jojo' itu ternyata berdepan tugas sukar. 

Menjalani persiapan di Thailand, Jojo memulakan langkah dalam pusingan pertama dengan baik, mengatur gerakan ketika melakukan serangan. 

Dua jatuhan yang berjaya dilakukan menyaksikan pusingan pertama memihak Jojo sekaligus membuka momentum baik buat petinju berusia 18 tahun itu. 

Estupinan yang cukup mahir dengan melakukan serangan menerusi teknik tendangan yang berbisa, menjadi kunci buat dirinya memastikan pertarungan mula berubah corak.

Jojo cuba mempamerkan aksi yang lebih agresif dalam pusingan ketiga dan Estupinan turut berjaya melakukan beberapa serangan sebelum tamat tiga minit pusingan terakhir. 
 

Hanya satu mata memisahkan Jojo dan Estupinan sekaligus menyaksikan kekalahan kedua buat wakil negara itu di pentas One Championship.  

Advertisement

Must Watch Video