OLAHRAGA
Terkini Olahraga MSSM: Fiross Faizal perbaharui rekod 110m lari berpagar
Pemenang pingat emas Sekolah Sukan-Sukan ASEAN 2024, Muhammad Fiross Mohd Faizal, mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod acara 110 meter lari berpagar Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024, sebentar tadi.
Fiross berjaya mencatatkan larian 13.43 saat dalam pusingan separuh akhir yang sebelum ini dipegang oleh Muhammad Hazriq Mat Kilau pada tahun 2023 dengan rekod 13.46s.
Rekod Olahraga MSSM lebur lagi di hari kedua ?Fiross Faizal perbaharui rekod 110 Meter Lari Berpagar Lelaki B18 selepas catat 13.43s di separuh akhir, 0.03s lebih pantas dari rekod MSSM Hazriq Mat Kilau yang tercipta tahun lepas ?Berita lanjut di @ASTROARENA #MSSM pic.twitter.com/4DIBeOGX7B— Kamal Nizam (@kamalnizamm) October 21, 2024
Iklan
Perbezaan 0.003s itu melayakkan Fiross ke perlumbaan akhir kategori bawah 18 tahun, seterusnya menjadi calon terbaik meraih pingat emas.
Must-Watch Video