Stadium Astro logo
BERBASIKAL

TERKINI: Nurul Izzah Izzati 'berdesup' pecahkan rekod kebangsaan di Turkiye

article-author-avatar
Saufi Tahir 15/03/2025 | 12:32 MYT
Article ribbon TERKINI: Nurul Izzah Izzati 'berdesup' pecahkan rekod kebangsaan di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, terus mencipta sensasi apabila sekali lagi memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 10.578s di Kejohanan Negara-Negara di Konya, Turkiye, hari ini.
Dia melakukan rekod itu menerusi acara pecut individu dengan atlet berusia 22 tahun itu meneruskan kemaraan ke pusingan 1/6 sebelum akur tewas dalam pusingan berikutnya.
Terdahulu, Izzah turut memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 10.685 di Velodrom Nasional Nilai dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
#Berbasikal #Nurul Izzah Izzati #Kejohanan Negara-Negara