Stadium Astro logo
NSL

TERKINI NSL: Nassanga Shadiah julang KL Wildcats rangkul kejuaraan 2025!

article-author-avatar
Saufi Tahir 23/02/2025 | 14:15 MYT
Article ribbon TERKINI NSL: Nassanga Shadiah julang KL Wildcats rangkul kejuaraan 2025!
Kuala Lumpur (KL) Wildcats dinobatkan selaku juara Netball Super League (NSL) 2025 selepas mengatasi Putrajaya Dynamites 45-44 di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
KL Wildcats mempertaruhkan Nassanga Shadiah (GS), J.Leisharaani (WA), Solieha Alieya (GA), Aqidah Ramlan (C), S.Pavitrah (GD), Adalia Jasmine (WD), dan Nakitto Christine (GK).
Manakala, Puah Pei San pula meletakkan Muhluri (GS), Diyanah Sabadinee (WA), L.Karishma (GA), Amisya Khairuddin (C), Hidayatul Akhma (GD), Daniea Anisya (WD), Fattima Dino (GK).
KL bermula langkah kanan dalam 15 minit pertama dengan taktikal yang dirancang anak buah Chng Li Li itu membuahkan hasil untuk mendahului 14-7.
Momentum itu diteruskan pasukan Warga Kota itu dalam suku kedua yang lebih dominan mengatur serangan diketuai Nassanga Shadiah untuk keputusan 26-17.
Begitupun, Putrajaya kembali mendapatkan rentak untuk bangkit mengejar jurang kedudukan dengan corak serangan yang lebih agresif untuk terikat 31-31, dan babak ketiga tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 33-33.
Suku penentuan itu berlangsung sengit buat Putrajaya-KL berentap hingga terikat 44-44, namun Nassanga menjadi watak penting dalam kemenangan epik KL apabila jaringanya dalam tiga saat terakhir dikira untuk memacu kemenangan 45-44 pasukannya sekali gus dinobatkan juara NSL 2025.
Dalam pada itu, juara bertahan, Johor Jewels, menyambar kedudukan ketiga selepas menewaskan Perak Phoenix 40-32 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat NSL 2025 yang berlangsung petang tadi.
#Bola Jaring #NSL #KL Wildcats #Nassanga Shadiah