Pelumba wildcard negara, Khairul idham Pawi, terpaksa melupakan saingan Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila terlibat dengan kemalangan dalam pusingan kelayakan Moto2 sebentar tadi.

Dia dilaporkan terlibat perlanggaran dengan seorang lagi pelumba negara, Helmi Azman, yang hilang kawalan jentera di selekoh lapan.

Pemeriksaan awal mendapati Helmi tidak mengalami kecederaan serius tetapi Super KIP didapati patah tangan dan cedera kaki.

Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Arena jam 6.30 petang ini.