Skip to main content

Sukan Lain

TERKINI: Malaysia tuan rumah Piala Dunia Boling Padang 2025 buat kali pertama!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bolingpadang.jpg
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan bahawa Kuala Lumpur akan menjadi gelanggang keramat penganjuran Piala Dunia Boling Padang 2025 buat kali pertama dalam sejarah. 

Malaysia dipilih selaku tuan rumah oleh badan induk dunia sedia menawarkan kemudahan dan fasiliti terbaik menerusi Persekutuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM).

Seperti sedia maklum, skuad negara merupakan salah satu kuasa terbesar Asia dalam sukan boling padang selepas menggenggam Kejuaraan  Boling Padang Asia edisi ke-16 dengan pungutan sebanyak tujuh pingat emas. 

Ratu boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah, yang baru memenangi anugerah Olahragawati Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Sukan Negara 2024 juga pastinya mahu terus mengharumkan nama Malaysia.

 

Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 4 hingga 8 November ini bertempat di Arena Lawn Bowls Bukit Kiara. 

Advertisement

Must Watch Video