Skip to main content

Futsal

TERKINI Kelayakan Piala Asia: Tahniah! Malaysia tetap layak walau tewas kepada Iran!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Malaysia menamatkan saingan Kumpulan G Kelayakan Futsal Piala Asia 2026 di tempat kedua selepas tewas dalam perlawanan terakhir berdepan Iran di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan Pahang, sebentar tadi.

Lawan di ranking kelima dunia itu meraih kemenangan besar 4-0 ke atas skuad negara, sekali gus melayakkan diri ke kejohanan berprestij yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia itu selaku juara kumpulan dengan enam mata maksimum.




Jaringan daripada Mehdi Mehdikhani, Hossein Derakhshani, Hossein Tayebibidgoli dan Ali Khalilvand sudah cukup meletakkan Iran dalam kelas tersendiri sebagai salah sebuah pasukan hebat dalam kancah futsal dunia.

Meskipun tuan rumah melancarkan beberapa serangan menerusi siri percubaan daripada Syahir Iqbal Khan Akbar Khan dan Khairul Effendy Bahrin, namun ia tidak menggugat ketangkasan pelawat, dan Malaysia kekal sebagai naib juara kumpulan. 

 

Namun, skuad kendalian Rakphol Sainetngam secara rasminya telah layak ke Piala Asia 2026 berdasarkan ranking tempat kedua terbaik. 

Berbekalkan dua kemenangan ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh, Malaysia mencipta kejutan untuk peminat futsal tempatan!

Menghuni kedudukan keenam, Malaysia sah ke Piala Asia selaku antara tujuh pasukan tempat kedua terbaik.

Kali terakhir Malaysia layak ialah pada 2018 dengan pencapaian terbaik ke pusingan seterusnya pada 2005 di Vietnam. 

Untuk rekod, ini adalah penampilan ke-13 skuad negara dalam saingan tertinggi Asia itu.
HM Jersey

Bangga Bersama Malaysia

Malaysia layak ke Piala Asia — masa untuk kita semua pakai Harimau Malaya jersey & raikan semangat negara.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video