Vamos muncul pasukan pertama negara berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati Kejohanan Dunia M6 di pusat beli belah, IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.
Kemenangan 2-0 ke atas BloodThirstyKings memberi harapan menyalakan api kemaraan Malaysia di pentas tertinggi dunia.
Kejayaan menumpaskan gergasi Amerika Syarikat (AS) itu memberi petanda jelas Vamos tidak akan menyerah kalah dan akan berjuang habis-habisan.
Atlet Mobile Legend Bang Bang (MLBB) Amerika Syarikat (AS), Michael Cosgun, atau dikenali sebagai Mobazane, bersama rakan-rakannya secara tersingkir daripada permainan selepas mengutip tiga kekalahan.
Najmi Iman
Thu Dec 05 2024