ONE FC

TERKINI! Jojo tumbangkan lawan di pusingan pertama!

Ammar Hakim 07/09/2024 | 00:32 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Pusingan pertama bermula menyaksikan kedua-dua pesaing mempamerkan ketenangan mengatur langkah dalam melakukan serangan.
Saling bertukar serangan, Jojo kerap kali melakukan serangan sehingga menjatuhkan lawan sebelum melakukan tumbukan terakhir sebelum tamat pusingan pertama sekaligus menyaksikan lawan dari Mexico itu gagal untuk meneruskan pertarungan.
Kemenangan tersebut menyaksikan Jojo memperoleh bonus daripada One FC bernilai ASD50,000 (RM216,874).
Petinju Muay Thai Malaysia itu membuat penampilan sulung dengan menumbangkan Padetsuk Fairtex dalam tempoh 16 saat sebelum meraih tiga lagi kemenangan menerusi KO, termasuk kemenangan dalam tempoh 36 saat ke atas Juara WBC Muay Thai, Edgar Tabares.
Kini berjaya memperoleh kemenangan, sudah pasti ia bakal meningkatkan lagi keyakinan petinju muay thai Malaysia itu memburu kejayaan pada masa akan datang!
Tahniah Jojo! Tahniah Malaysia!
#Johan Ghazali #Jojo #One FC 168
;