Skip to main content

Sukan Lain

TERKINI: Johan Ghazali kembali ke gelanggang demi misi balas dendam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jojo.jpg
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, bakal kembali ke gelanggang dalam One Fight Night 35 di Stadium Lumpinee, Bangkok, September depan.

Perkara itu disahkan oleh laman rasmi One Championship yang menyaksikan kebanggaan Malaysia itu akan turun dengan memulihkan semula rekodnya yang sudah tewas empat kali, sebelum ini.

Dia atau lebih mesra dipanggil Jojo itu akan bertemu wakil Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam kategori flyweight.

Dengan enam kemenangan sebelum ini, atlet kelahiran Sarawak itu pastinya mahu mengukir kejayaan selepas ditewaskan Johan Estupinan dan Diego Paez menerusi keputusan juri.


 

Advertisement

Must Watch Video