Peninju profesional negara, Farkhan Haron, akan menggantungkan sarung tangan tinjunya dengan rekod kemenangan bersih selepas menumbangkan peninju India, Jaskaran Singh, secara Technikal Knockout (TKO) dalam acara utama Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Arena Larkin, Johor Bahru sebentar tadi.
Kemenangan itu juga menyaksikan Farkhan mempertahan tali pinggang Bridgeweight Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia.
Farkhan hanya memerlukan empat pusingan untuk menewaskan Jaskaran, di mana siri tumbukan padu yang dilepaskannya ke muka lawan itu memaksa Jaskaran tertunduk sebelum disahkan tidak dapat meneruskan pertarungan.
Dengan kemenangan itu, Farkhan menamatkan kariernya dengan 13 kemenangan tanpa sebarang kekalahan dengan 12 daripadanya merupakan kemenangan KO.