Peninju heavyweight negara, Ijam '50 Caliber' Asri, berhasil menewaskan lawan dari Syria, Al-Mouatasem Billah, dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Arena Larkin, Johor Bahru sebentar tadi.
Kedua-dua penunju bermula agresif dalam pusingan pertama dengan menyasarkan muka lawang masing-masing tetapi memasuki pusingan kedua, mereka mula berhati-hati dalam melepaskan tumbukan.
Dalam pusingan ketiga, kedua-dua peninju semakin kehilangan tenaga sehingga lebih kerap berpelukan sambil mencuri peluang untuk melepaskan tumbukan.
Selepas tamat pusingan keempat, dua juri memilih Ijam selaku pemenang manakala hanya satu memihak Al-Mouatasem Billah, sekali gus memberikan kemenangan buat The 50 Caliber.