Skip to main content

Sukan Lain

(TERKINI) JIBC: KO! Arfiqanie Anshori tumbangkan Passakaron Yakkala dalam pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arfiqanie.jpg
Peninju profesional negara, Arfiqanie Anshori, hanya memerlukan dua pusingan untuk menumbangkan peninju Thailand, Passakaron Yakkala, dalam Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Arena Larkin, Johor Bahru, sebentar tadi.

Peninju dengan gelaran Pretty Boy itu mempamerkan dominasi sejak dari awal pusingan pertama, bahkan dia berhasil menjatuhkan lawannya berbaki 35 saat terakhir pusingan itu.

Dalam pusingan kedua, Passakaron hanya mampu bertahan selama 55 saat sebelum jab tangan kanan yang dilakukan Arfiqanie tepat menuju ke muka peninju Thailand itu sehingga 'tertidur' dan disahkan tidak dapat meneruskan pertarungan selepas kiraan 10.
 

Advertisement

Must Watch Video