Skip to main content

Sukan Lain

(TERKINI) JIBC: Bagaikan 'Machine Gun", Ahmad Wafi tewaskan Shah Khan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ahmad-machine-gun-wafi.jpg
Peninju asal Kuala Lumpur, Ahmad 'Machine Gun' Wafi, memanfaatkan sepenuhnya kepantasan dan kelebihan jangkauan miliknya untuk menewaskan peninju tuan rumah, Shah Khan, dalam pertarungan pembukaan Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) di Arena Larkin, Johor Bahru sebentar tadi.

Pertarungan dalam pusingan pertama berlangsung seimbang tetapi memasuki pusingan kedua, Ahmad Wafi mula melepaskan tumbukan bertali arus ke muka Shah Khan, yang hampir tumbang pada penghujung pusingan berkenaan.

Shah Khan bangkit dengan tumbukan lebih berkuasa ke arah Ahmad Wafi adalam pusingan ketiga tetapi dia jelas tidak dapat menandingi kepantasan yang dimiliki lawan itu.

Selepas tamat empat pusingan, juri membuat keputusan 39-36, 38-37, 39-37 memihak Ahmad Wafi.
 

Advertisement

Must Watch Video