Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, akan menjadi pelumba peluang khas dalam perlumbaan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan depan.
Pelumba berusia 18 tahun itu akan membuat penampilan pertamanya dalam kelas Moto3 di Sepang dari 24 hingga 26 Oktober depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, dalam satu sebarang media, berkata: "Danish benar-benar layak menerima peluang khas (wildcard) ini.
"Tiga tahun selepas Syarifuddin Azman (Damok), rakyat Malaysia sekali lagi akan menyaksikan pelumba negara bersaing dalam Moto3 bersama SIC.
"Ini bukan sekadar perlumbaan. Danish mencerminkan yang terbaik dalam pelan pembangunan sukan permotoran (MDEV) kami, bermula dari peringkat akar umbi hingga ke pentas dunia.
"Beliau tanpa ragu merupakan antara bakat terbaik Malaysia dalam generasinya. Saya menjemput semua peminat sukan permotoran hadir ke Sepang, penuhkan tempat duduk dan sama-sama bersorak untuk bakal juara masa depan kita di MotoGP Malaysia.”
Sebagai rekod, Hakim Danish mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup dalam kelompok tiga teratas keseluruhan dua minggu lalu.