Stadium Astro logo
PERMOTORAN

Terkini ESBK Talent Cup: Qabil Irfan muncul juara berganda di Litar Jerez

article-author-avatar
Saufi Tahir 06/04/2025 | 08:38 MYT
Article ribbon Terkini ESBK Talent Cup: Qabil Irfan muncul juara berganda di Litar Jerez
Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan, sekali lagi mencipta sensasi apabila muncul juara dalam pusingan kedua Espana Superbike Championship (ESBK) di Litar Jerez, Sepanyol, sebentar tadi.
Dia mencatat catatan masa 26:08.299 saat meninggalkan pencabar terdekat Izan Rodriguez (0.403s) dan Andreas Garcia (12,562s) dari Sepanyol.
Kejayaan itu dilakar pelumba Frando Racing VHC Team Liqui Moly itu selepas turut menjadi juara pusingan pertama meskipun berlumba dalam keadaan litar licin dengan catatan masa terpantas 26:22.845 saat semalam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Credit Photo: ZK Racing
#Permotoran #Qabil Irfan #ESBK Talent Cup