Skip to main content

Sukan Lain

(Terkini) Cahya Mata Sarawak Super Series: Danish Iftikhar 'berdesup' atasi Khairul Hafiz Jantan, Jonathan Nyepa acara 100m

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ragbi_1.jpg
Bakat pelapis 100m (meter) Sukan Malaysia (SUKMA) Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, mengejutkan kem pecut kebangsaan apabila mencipta sensasi dengan mengenepikan cabaran pelari lebih berpengalaman di Kejohanan Cahya Mata Super Series MA International Meet 2025.

Catatan masa 10.52s mengenepikan cabaran dua lagi atlet kebangsaan iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa sekali gus melakar sejarah dalam kejohanan itu dengan meraih pingat emas.

"Semua itu keputusan ang tidak dijangka, saya cuma ikut rentak saya dan percaya pada rezeki Allah. Saya sudah lakukan yang terbaik. Memang bersaing dengan atlet lain juga.

"Dalam kejohanan seterusnya saya akan cuba lebih baik untuk saingi mereka lagi," katanya.

Sementara itu, jaguh pecut 100m wanita negara, Zaidatul Husniah, terus membuktikan dia sememangnya ratu pecut kebangsaan dengan kemenangan pada pusingan pertama siri itu di Stadium Merdeka hari ini.

Biarpun kekurangan latihan ekoran terikat dengan jadual padat sebagai guru, Zaidatul tetap memperoleh kemenangan dengan catatan masa 11.6-9s.







"Saya rasa kerja keras berbaloi, buka saya sahaja tetapi junior juga. Jika berpuas hati tidak juga kerana perlu perbaiki catatan masa saya lagi.

"Tanpa junir-junior mungkin saya tidak akan capai catatan masa tadi." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video