Skip to main content

Sepak Takraw

Terkini: Azlan Alias diarah jawab surat tunjuk sebab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azlan-alias.jpg
Perejam utama skuad sepak takraw negara, diarahkan menjawab surat tunjuk sebab yang dikemukakan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam tempoh tujuh hari bermula semalam.

Ini selepas pemain kelahiran Pulau Pinang itu beraksi sebanyak dua perlawanan bersama Melaka Titans dalam saingan Divisyen 1, CelcomDigi Liga Sepak Takraw (STL) walaupun masih belum mendapat pelepasan daripada pakar perubatan.

Terdahulu, Azlan dilaporkan mengalami kecederaan retak tulang siku ketika mewakili negara dalam saingan Piala Asia ASTAF di Stadium Titiwangsa bulan lalu. 

Perkara itu disahkan sendiri Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan, kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Tidak kira anda star ke, anda hebat main ke, anda nombor satu ke, anda nombor negatif satu ke, tapi kalau tiada disiplin, tak menghormati kepimpinan dan juga arahan-arahan, terutamanya oleh doktor, saya kenalah ambil tindakan juga," kata Sumali.
 

 

Advertisement

Must Watch Video