Skip to main content

Sukan Lain

TERKINI: Azeem Fahmi pecah rekod kebangsaan lagi!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem1.jpeg

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, tidak berhenti mencipta kejutan apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 60 meter (m) dalam dewan dengan catatan 6.56 saat (s) di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.

Atlet berusia 20 tahun itu berjaya menamatkan larian di tempat ketiga dalam perlumbaan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships, sekali gus menggondol pingat gangsa buat Universiti Auburn. 

Advertisement

Sebelum ini, atlet kelahiran Perak itu melakukan larian sepantas 6.60s dalam Kejohanan Jemputan Paw di South Carolina.

 


Sementara itu, rakan sepasukannya, Israel Okon, membawa pulang pingat perak selepas hanya dibezakan satu saat sahaja dengan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu.

Tahniah Azeem Fahmi!

Must Watch Video