Skip to main content

Permotoran

TERKINI ARRC: Hafizh Syahrin kekal di podium, Azlan Shah tempat kelima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizh.jpg
Pelumba Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, menamatkan perlumbaan ketiga di tempat ketiga Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kategori AS1000 di Litar Motegi, Jepun, sebentar tadi.

Hafizh yang turut digelar El-Pescao mempunyai peluang untuk bergelar juara perlumbaan ketiga namun, kekemasan yang dipamerkan oleh pelumba dari Thailand, Nakarin Atiratphuvapat dan Jepun, Sho Nishimura, yang memotong di selekoh sebelum memecut laju untuk merebut tempat pertama.

Seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman (TKKR Racing Team), terlepas peluang untuk meraih podium selepas menamatkan perlumbaan itu di tempat kelima.

Ketika memasuki pusingan ke-11, perlumbaan terpaksa dihentikan akibat berlaku perlanggaran sehingga menyebabkan pertumpahan minyak di selekoh litar tersebut. 
 

Advertisement

Must Watch Video