Ng Yan Yee memulakan kempen skuad terjun negara menuai pingat emas dalam temasya KL2017 apabila mengatasi cabaran rakan senegara, Nur Dhabitah Sabri, yang akur dengan perak dalam acara 3 meter papan anjal di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini
Saingan 3 meter papan anjal yang menampilkan enam penerjun dari Malaysia, Indonesia dan Singapura membuka tirai saingan sebentar tadi yang menyaksikan dominasi penerjun-penerjun negara.
Malaysia yang diwakili Yan Yee dan Dhabitah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri berbanding pencabar yang lain.
"Saya hanya memberikan tumpuan kepada terjunan saya.
"Sepanjang acara sedang berlangsung, saya tidak melihat kepada markah yang telah dikumpul.
"Dhabitah merupakan seorang pesaing yang hebat. Saya telah berlatih bersamanya dan telah melakukan terjunan yang berkualiti," kata Yan Yee.
Yan Yee tidak memandang ke belakang dan terus mengungguli carta sebaik terjunan pertama untuk merekodkan keseluruhan 342.90 mata selepas lima terjunan.
Dhabitah pula berpuas hati dengan perak apabila mengumpul 311.25 mata.
"Saya bergelut dengan masalah kecederaan sebelum ini.
"Saya mengucapkan terima kasih jurulatih dan rakan sepasukan saya.
"Tidak terlupa juga kepada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang sentiasa membantu saya."
Sementara itu, gangsa milik penerjun Singapura, Ashlee Tan, yang melakukan 233.60 mata.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.