Malaysia gagal mengumpul sebarang pingat dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Montreal, Kanada, yang berakhir hari ini selepas gandingan Nur Dhabitah Sabri-Muhammad Syafiq Puteh berada di kedudukan kedua tercorot dalam aksi final 3 meter papan anjal seirama campuran, pagi tadi.
Dalam aksi di Centre Sportif du Parc Olympique itu, pasangan negara mencatatkan 287.55 mata untuk berada di tangga keenam keseluruhan.
Pingat emas acara itu diraih oleh Chang Yani-Yang Hao dari China yang merekodkan 318.15 mata, diikuti pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Grace Reid-Thomas Daley (England) dengan 314.10 dan Jennifer Abel-Francois Imbeau-Dulac (Kanada) yang mengutip 310.89 mata.
Terdahulu, Nur Dhabitah yang bergandingan dengan ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg, dalam acara 10m platform seirama wanita juga berakhir di kedudukan keenam.
Satu lagi gandingan penerjun senior dan pelapis negara, Leong Mun Yee-Hanis Nazirul Jaya Surya dalam acara 10m platform seirama campuran pula mengisi kedudukan terakhir.
-- BERNAMA