Penerjun negara, Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri, terlepas pingat gangsa apabila terpaksa akur meraih tangga keempat dalam final 10 meter platform seirama wanita dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Sagamihara, Jepun, hari ini.
Gandingan China dan Korea Utara mendominasi sejak awal saingan sehingga terjunan terakhir, namun persaingan untuk merebut pingat gangsa lebih terbuka.
Aksi sederhana Pandelela dan Dhabitah menyaksikan mereka menduduki tangga kelima dalam dua terjunan pertama untuk mengutip 96 mata tatkala wakil Kanada dan Mexico terikat di tangga ketiga..
Dalam terjunan ketiga, Pandelela dan Dhabitah menampilkan aksi lebih kemas untuk kutipan 68.40 mata dan meneruskan rentak cemerlang dalam terjunan keempat, namun kekal di tangga kelima sehinggalah terjunan terakhir yang menyaksikan mereka meraih 70.08 mata.
Bagaimanapun, mereka terpaksa akur apabila sekadar melonjak satu anak tangga untuk menghuni tangga keempat dan terlepas gangsa di tangan wakil Kanada yang berkelebihan 9.06 mata.
Sementara itu, Dhabitah terus hampa di Sagamihara apabila sekadar menduduki tangga ketujuh acara 3m papan anjal seirama wanita di samping gandingannya, Kimberly Bong.
Dominasi China dalam saingan kali ini tidak boleh dinafikan, apatah lagi membariskan gandingan bekas juara Sukan Olimpik dan juara dunia, Shi Ting Mao dan Wang Han, yang kekal di tangga teratas hingga terjunan terakhir.
Dhabitah dan Kimberly gagal memberikan persaingan kepada penerjun negara lain berikutan bermula dengan aksi kurang konsisten untuk meraih mata rendah, 46.8 mata, dalam terjunan pertama, disusuli 46.2 mata dalam terjunan berikutnya.
Walaupun dua terjunan seterusnya lebih kemas apabila Dhabitah dan Kimberly sempat menduduki tangga keenam selepas terjunan keempat, namun aksi kurang memuaskan daripada Kimberly, 17, dalam terjunan terakhir menyaksikan mereka sekadar menamatkan saingan di tempat ketujuh.