Skip to main content

Sukan Lain

Terjun Siri Dunia: Pandelela-Dhabitah keempat di Beijing

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhabitah-pandelela.jpg
Gandingan Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri terpaksa akur terlepas pingat dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Beijing selepas menamatkan acara final 10 meter platform seirama wanita di tempat keempat, malam tadi.

Pandelela, yang kini bergandingan dengan Nur Dhabitah ekoran kecederaan lutut yang dialami Cheong Jun Hoong, semakin memaparkan keserasian, namun masih terlalu jauh untuk meraih pingat.

Dalam Siri Dunia di Jepun minggu lalu, Pandelela-Nur Dhabitah menamatkan saingan di tangga keempat dan impian mereka untuk memperbaiki keputusan itu di Beijing tidak menjadi realiti.

Gandingan itu mengutip 50.40 mata dalam terjunan pertama sebelum mengalami kemerosotan dengan sekadar menguitp 49.80 mata dalam terjunan kedua.

Secara keseluruhan, mereka mengumpul 305.76 mata untuk berpuas hati menamatkan saingan di tangga keempat.

Emas milik gandingan China, Lu Wei-Xhang Jiaqi, dengan 354.06 mata manakala pasangan Korea Utara dan Kanada melengkapkan kedudukan podium.

Keputusan 10m platform seirama:
1. Lu Wei-Zhang Jiaqi (China) 354.06
2. Kim A Rim-Kim Mi Rae (Korea Utara) 325.80
3. Meaghan Benfeito-Cael McKay (Kanada) 313.14
4. Pandelela Rinong-Nur Dhabitah Sabri (Malaysia) 305.76

Advertisement

Must Watch Video