Skuad terjun negara gagal menyerlah pada hari kedua Kejohanan Terjun Siri Dunia di Sagamihara, Jepun, hari ini.
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, gagal menempah tiket ke final apabila menamatkan kedudukan di tangga keempat peringkat separuh akhir acara 10m platform individu wanita.
Dalam acara di Sagamihara Green Pool itu, Pandelela yang pada awalnya menghuni kedudukan kedua selepas terjunan keempat dan menambah 65.60 mata dalam terjunan kelima, bagaimanapun gagal mempertahankan kedudukan berkenaan selepas melakukan sedikit kesilapan dalam terjunan terakhir dengan mengutip 349.85 mata.
“Prestasi saya konsisten, cuma tiada nasib hari ini.
“Dan untuk pertama kalinya dalam masa beberapa tahun, saya bertanding tanpa rasa sakit dan tanpa pita kinesio di badan saya, jadi saya rasa bagus,” katanya.
Sementara itu, gandingan Hanis Nazirul Jaya Surya-Leong Mun Yee terpaksa berpuas hati menamatkan saingan 10m platform seirama campuran di tempat kelima dengan mengumpul 311.10 mata.
Pasangan negara itu bermula dengan baik di kedudukan kedua dengan 105.60 mata selepas dua terjunan awal sebelum dipintas gandingan Russia, Nikita Shleikher-Iuliia Timoshinina, dalam terjunan ketiga.
Skuad terjun negara akan meneruskan saingan menerusi Nur Dhabitah Sabri-Muhammad Syafiq Puteh dalam acara 3m papan anjal seirama campuran esok.
-- BERNAMA