Skip to main content

Sukan Lain

Terjun Siri Dunia: Dominasi China buat Malaysia kempunan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terjun.jpg
Malaysia terus kempunan untuk meraih pingat dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia di Sagamihara, Jepun, dengan penguasaan kuasa besar, China, berterusan dalam tiga acara terakhir hari ini.

Gandingan Nur Dhabitah Sabri-Muhammad Syafiq Puteh merupakan wakil tunggal negara dalam saingan hari terakhir itu.

Beraksi dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran, gandingan negara itu, bagaimanapun, gagal memaparkan aksi meyakinkan sebelum menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Gandingan itu pada awalnya menduduki kedudukan ketiga terbaik dalam dua terjunan pertama, namun kesilapan demi kesilapan yang dilakukan menyaksikan mereka jatuh ke tangga kedua tercorot dengan 304.08 mata. 

Gandingan China, Yani Chang-Hao Chang, unggul di kedudukan teratas untuk menambah kutipas emas sebelum negara itu menambah dua lagi pingat emas dalam acara 10 meter platform lelaki dan 3m papan anjal wanita, sekali gus menyapu bersih 10 pingat emas yang dipertandingkan.

Malaysia pula perlu segera mencari jalan keluar bagi memperbaiki prestasi penerjun negara menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas gagal meraih sebarang pingat dalam siri pembukaan musim itu.

Advertisement

Must Watch Video