Skip to main content

Sukan Lain

Terjun Siri Dunia 2018: Tze Liang tempah slot separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ooi-tze-liang.jpg
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, mara ke separuh akhir acara 3m papan anjal lelaki dalam Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA 2018 di Wuhan, China, hari ini. 

Dia merekodkan 398.55 mata selepas enam terjunan untuk berada di kedudukan ke-18 daripada 34 penerjun, dan hanya 18 penerjun terbaik dalam saingan awal mara ke pusingan seterusnya esok.

Namun, nasib berbeza bagi seorang lagi penerjun negara, Chew Yiwei, apabila gagal mara ke separuh akhir selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 setelah mengutip 351.20 mata.

Peringkat separuh akhir dijadualkan pagi esok dan jika Tze Liang berjaya layak ke saingan akhir, dia akan beraksi pada jam 4.30 petang hari yang sama di Pusat Sukan Natatorium Wuhan.

Setakat ini, tiada sebarang pingat diraih penerjun negara dalam kejohanan dunia itu.
 

Advertisement

Must Watch Video