Skip to main content

Sukan Lain

Terjun: Kebimbangan Yang Zhuliang tiga tahun lalu jadi kenyataan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cover-bazly-zhuliang.jpg
Sehingga tanggal 8 Februari 2024, hanya seorang atlit terjun negara yang berjaya mengesahkan tempat di temasya Sukan Olimpik Paris iaitu Bertrand Rhodict Lises bagi acara 10 meter platform individu lelaki.

Ini selepas Rhodict berjaya menamatkan saingan selaku kelompok 10 terbaik dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka tahun lalu.

Menariknya, imbas kembali laporan yang dibuat oleh wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang telah menemu bual bekas jurulatih negara, Yang Zhuliang di mana dia menyuarakan kebimbangan tentang masa depan sukan terjun negara.


"Saya melatih Malaysia hampir 20 tahun, lebih lama berbanding negara kelahiran China dan Australia. Dulu Malaysia bagus tetapi skrg keadaan sudah berubah.

"Saya tidak tahu adakah Malaysia mampu menang pingat Kejohanan Dunia atau Olimpik Paris 2024.

"Hanya masa akan tentukan", kata Zhuliang 3 tahun lalu.



Zhuliang merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan jaguh-jaguh dunia seperti Yeoh Ken Nee, Bryan Nickson Lomas, Datuk Leong Mun Yee, Cheong Jun Hoong dan Datuk Pandelela Rinong.

Satu tamparan hebat buat kem terjun negara apabila pemenang pingat perak dan gangsa di pentas Olimpik, Datuk Pandelela gagal untuk mendapatkan tempat di Paris 2024.
 

Advertisement

Must Watch Video