Saingan hari kedua edisi ke-60 Kejohanan Terjun Jemputan Malaysia di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil menyaksikan penerjun berusia 13 tahun, Onell Lee, mencuri tumpuan.
Dia yang bercita-cita mengikut jejak langkah penerjun 10 meter platform kebangsaan, Jellson Jabillin, mengakui meminati gaya terjunan seniornya itu ketika menyertai sebarang pertandingan.
Penerjun cilik dari Sabah itu menjuarai kategori 1m (meter) papan anjal, selepas beraksi cemerlang dengan mencatat kutipan 274.45 mata secara keseluruhan daripada lapan terjunan, sekaligus menyaksikan dia menidakkan keupayaan penerjun dari Selangor.
Dengan darjah kesukaran 15.8, Onell ternyata unggul dalam terjunan keenam, menerusi gaya inward 11/2 somersaults apabila memungut mata tertinggi iaitu 43.20.
"Saya rasa puas hati kerana dapat lakukan yang yang jurulatih mahukan, idola saya adalah Jellson Jabillin kerana dia sentiasa lakukan (terjunan) yang terbaik dalam terjunan yang sukar.
"Dia sentiasa membantu jika saya ada masalah." katanya.