KRIKET
Terima kasih semua -- Presiden MCA bangga dengan usaha pasukan negara
Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mohammed Iqbal Ali bin Kassim Ali, berbangga dengan usaha skuad wanita B-19 negara dalam Kejohanan Piala Dunia B-19.
Kempen negara berakhir susulan terpaksa akur dengan kekalahan kepada Nepal yang mengatasi Malaysia menerusi tujuh wickets.
Selepas perlawanan tersebut, Iqbal sempat berkongsi atas usaha pasukan negara dalam saingan kali ini.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain, jurulatih, dan kakitangan sokongan yang memberikan seluruh hati dan jiwa mereka dalam persiapan untuk kejohanan ini. Melihat di mana kami menamatkan saingan bukanlah seperti yang kami harapkan pada penghujung pertandingan, tetapi itu tidak bermakna kita tidak mempunyai banyak perkara positif untuk dibawa bersama kita pada masa hadapan.
"Pendedahan tahap yang lebih tinggi dalam tempoh masa yang lebih lama akan menjadi penting jika kami akan layak ke Piala Dunia Wanita B19 seterusnya.
“Melangkah ke hadapan, kami perlu mengambil apa yang telah kami pelajari di sini, mencari keseimbangan dan gaya permainan yang unik kriket wanita Malaysia, dan berdaya saing, di peringkat teratas sukan itu.
"Apa yang penting ialah mengekalkan pemain, mereka memiliki pengalaman yang cukup bagus dalam saingan kali ini dan satu kerugian jika ia tidak digunakan bagi saingan akan datang. Kebanyakan skuad akan layak beraksi pada edisi kejohanan akan datang."
"Pasukan kami mempunyai cita rasa untuk bermain di peringkat ini, biarkan itu mendorong mereka untuk melakukan apa yang diperlukan untuk kembali ke peringkat dunia."