Skip to main content

E-Sukan

Terima Kasih Homebois atas perjuangan di MSC-EWC 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

homebois.jpg
Pasukan gergasi Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MLBB), Homebois, terpaksa akur melupakan hasrat bermain di peringkat playoff selepas ditunjuk jalan keluar oleh juara M6, Onic Filipina, dengan keputusan 2-0.

Homebois yang terpaksa ke lower bracket susulan tewwas 0-2 ke atas Team Spirit turun dengan semangat juang yang tinggi, namun kehebatan pasukan darin Filipina itu tidak dapat disangkal lagi kehebatannya.

Pada perlawanan itu, Onic PH, jelas mempamerkan aksi yang lebih kemas dan mengatur strategi yang lebih ampuh berbanding juara Liga Profesional Mobile Legend Malaysia (MPLMY) musim ke-12.

Untuk rekod, Homebois, berjaya mencatat satu kemenangan atasi pasukan dari Singapura, Team Flash 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B.

Sang Burung Hantu menamatkan saingan kali ini sebagai kelompok 12 terbaik dunia dalam Esukan MLBB.

Advertisement

Must Watch Video