Skip to main content

Tenis

Terbuka Wuhan: Aryna Sabalenka lengkapkan hatrik gelaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabalenka.png
Aryna Sabalenka melengkapkan hatrik ketiganya selepas menewaskan wakil tuan rumah, Zheng Qinwen, 6-3 5-7 6-3 dalam aksi final Terbuka Wuhan untuk merangkul trofi tiga kali berturut-turut di China, awal pagi tadi.

Sebelum ini dia menang pada 2018 dan 2019 dengan pemain nombor dua dunia itu sudah merekodkan 17 kemenangan dan masih belum tewas dalam kejohanan itu.

Begitupun, pemain berusia 26 tahun itu enggan memikirkan untuk mendaki satu lagi anak tangga untuk bergelar pemain nombor satu dunia selepas kejayaan di Wuhan itu. 


 


Dia menjadi pemain kedua selepas Serena Williams -Juara Terbuka Miami daripada 2013 hingga 2015- yang memenangi kejohanan WTA 1000 dalam tiga edisi berturut-turut.

"Kedudukan yang sengat tegang sekarang, saya selalu berkata semestinya ia merupakan salah satu matlamat saya, tetapi saya lebih fokus pada diri sendiri dan terus bekerja keras.

"Saya akan melihat selepas pusingan akhir WTA nanti jika saya cukup bagus musim ini untuk menjadi pemain nombor satu dunia." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video