SUKAN LAIN

Terbuka AS: Williams bebas daripada kecederaan

Penulis Jemputan 02/09/2019 | 02:21 MYT
Serena Williams dan jurulatihnya, Patrick Mouratoglou, meredakan kebimbangan terhadap kecederaan buku lali kanan pemain itu selepas mengatasi Petra Martic dalam saingan Terbuka AS.
Williams melangkah ke suku akhir dan bakal berdepan Wang Qiang dengan kemenangan 6-3, 6-4 ke atas pemain pilihan ke-22 itu di Stadium Arthur Ashe.
Walaupun merakamkan kemenangan bergaya, timbul kebimbangan buat Williams yang memanggil pelatihnya selepas mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi di gelanggang.
Ditanya mengenai kondisinya ketika sidang media pasca-perlawanan, Williams berkata, "Saya pernah mengalami kecederaan ini yang lebih serius Januari lalu.
"Tetapi saya berasakan buat masa ini segalanya dalam keadaan baik, saya akan berjumpa anda dalam perlawanan seterusnya."
Mouratoglou menegaskan mereka perlu menunggu terlebih dahulu sebelum memahami secara menyeluruh tahap kecederaan pemain pilihan kedua itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Perkara paling penting buat masa ini adalah bagaimana Williams menangani kecederaan itu.
"Buku lalinya kelihatan tidak akan memberikan sebarang masalah. Dia tidak mengalami kesakitan buat masa ini."
;