Skip to main content

Tenis

Terbuka Washington 2025: Leylah Fernandez benam cabaran Anna Kalinskaya untuk rangkul kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leylah.jpg
Pemain profesional Kanada, Leylah Fernadez, cipta sensasi apabila berjaya merangkul trofi pertama pada tahun ini selepas berjaya membenam Anna Kalinskaya secara straight set 6-1, 6-2.

Fernandez, yang telah mengumpul empat kejuaraan dalam kariernya itu memulakan aksi final dengan cemerlang apabila mendominasi seluruh gelanggang  sehingga Kalinskaya tidak mampu menangani asakan Fernandez yang berlangsung hampir satu jam itu.

Naib juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2021, tiba di Washington selepas gagal mengumpul sebarang kemenangan sejak November tetapi dia mencipta sensasi menakjubkan pada kejohanan kali ini.

Dalam perjalanan ke final, Fernandez, telah menumbangkan beberapa pemain terkemuka antaranya Jessica Pegula dan Elene Rybakina sebelum meneruskan kemaraan di final menumbangkan Anna Kalinskaya. 

Untuk rekod, dia menjadi pemain Kanada pertama yang merangkul gelaran WTA di bumi Amerika sejak Bianca Andreescu di Terbuka AS pada 2019.

Dia juga merupakan pemain Kanada dengan gelaran terbanyak sejak pengenalan format Tiers pada tahun 1990, mengatasi Andreescu

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video