Skip to main content

Tenis

Terbuka AS: Swiatek mulakan kempen dengan kemenangan bergaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iga-swiatek-us-open.jpg
Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek, memulakan kempen Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan bergaya 6-3, 6-0 keatas Jasmine Paolini di Flushing Meadows malam tadi.

Bintang Poland itu sedang memburu gelaran grand slam ketiganya dan yang kedua untuk tahun ini selepas memenangi Terbuka Perancis pada Jun lalu.

Dengan menduduki ranking utama dunia sejak Ash Barty mengumumkan persarannya pada April lalu, permain berusia 21 tahun itu mahukan keputusan terbaik di New York selepas layak ke pusingan keempat tahun lalu.

Berdepan pemain bukan pilihan, Paolini, dia mempamerkan aksi hampir sempurna untuk memulakan tugasannya di Stadium Louis Armstrong, di mana dia mematahkan servis lawan sebanyak tujuh kali.

Dengan mengumpulkan 45 kemenangan dalam kejohanan grand slam, Swiatek menjadi pemain termuda mencapai angka itu sejak Caroline Wozniacki melakukan perkara sama dalam Terbuka Australia pada 2011.

Dia seterusnya akan berdepan wakil tuan rumah, Sloane Stephens, dalam pusingan kedua esok.
 

Advertisement

Must Watch Video