Skip to main content

Tenis

Terbuka Stuttgart: Swiatek teruskan rentak cemerlang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

swiatek_.jpg
Iga Swiatek meneruskan rentak cemerlangnya dengan menyingkirkan pemain dari pusingan kelayakan, Eva Lys, untuk meraih kemenangannya yang ke-20 berturut-turut, sekali gus mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Stuttgart awal pagi tadi.

Pemain nombor satu dunia itu jelas terlalu hebat untuk ditandingi lawannya, di mana dia menang mudah 6-1, 6-1 dalam masa sejam.

Kali terakhir Swiatek, 20, tewas adalah pada Februari lalu dan dia tidak pernah melepaskan sebarang set sejak Kejoahanan Indian Wells bulan lalu -- memenangi kesemua 26 set terakhir.

Ia merupakan rekod terbaik dalam Jelajah WTA sejak Serena Williams memenangi 28 set berturut-turut di antara Terbuka Amerika Syarikat 2012 dan Terbuka Australia 2013.

Selepas memenangi ketiga-tiga kejohanan terakhir yang disertainya, Swiatek kini menjadi pemain pilihan untuk menjulang trofi di Stuttgart, di mana dia berkemungkinan akan bertemu juara bertahan, Emma Raducanu, dalam suku akhir.
 
 

Advertisement

Must Watch Video