Skip to main content

Tenis

Terbuka St Petersburg: Van de Zandschlup cipta kejutan singkir Rublev

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

andrey-rublev.jpg
Pilihan utama, Andrey Rublev, tersingkir daripada Kejohanan Tenis Terbuka St Petersburg selepas tewas straight set kepada pemain Belanda daripada pusingan kelayakan, Botic van de Zandschulp, dalam suku akhir awal pagi tadi.

Keputusan 6-3, 6-4 itu turut menyaksikan pemain di ranking ke-69 dunia, Van de Zandschulp, yang layak ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat tahun ini, memperoleh kemenangan pertamanya ke atas pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia sepanjang kariernya.

Pemain berusia 26 tahun itu juga layak ke separuh akhir Kejohanan ATP buat kali pertama sejak bergelar pemain profesional.

Dia akan berepan juara edisi 2011, Marin Cilic --  yang menewaskan pilihan ketiga, Roberto Bautista Agut, 6-4, 3-6, 6-3 -- dalam perebutan ke final.
 

Advertisement

Must Watch Video