Maria Sakkari akan bertemu Anett Kontaveitt dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Wanita St Petersburg.
Pilihan utama kejohanan, Sakkari, mengatasi ranjau yang disediakan Irina-Camelia Begu sebelum mencatatkan kemenangan 6-4, 6-7, 6-4.
Sakkari memerlukan tiga jam dan empat minit untuk mengesahkan tempat ke final selepas tewas dalam set kedua.
Menantinya dalam penentuan gelaran itu adalah pemain pilihan kedua, Kontaveit.
Pemain nombor sembilan dunia dari Estonia itu hanya memerlukan sejam dan 11 minit untuk mengatasi Jelena Ostapenko 6-3, 6-4 dalam separuh akhir.
Sakkari dan Kontaveit pernah bertemu sebanyak 12 kali sebelum ini, di mana masing-masing memenangi separuh daripada pertemuan berkenaan.

⚔️ 12 previous meetings ⚔️
— wta (@WTA) February 12, 2022
? H2H tied at 6-6 ?
Who will take lucky number 13? and be crowned @Formula_TX champion ? pic.twitter.com/H5IHOigMZA