Sin Li Jane terus mencipta nama di pentas antarabangsa selepas memenangi gelaran utama saingan Jelajah Persatuan Boling Wanita Profesional (PWBA).

Pemain berusia 32 tahun itu merangkul gelaran Terbuka AS selepas mengatasi pencabar dari Latvia, Diana Zavjalova 226-214 dalam aksi final stepladder di Royal Pin Woodland Bowl, Indianapolis semalam.

Li Jane menjadi pemain pertama Malaysia dan dari rantau Asia Tenggara untuk memenangi Terbuka AS, dan pemain kedua dari Asia melakukannya.

Pemain Asia pertama yang memenanginya adalah Shinobu Saitoh dari Jepun pada 1982.

Dia membawa pulang ASD60,000 (RM283,000) dan gelaran PWBA ketiga tahun ini.

Terdahulu, dia telag memenangi Greater Nashville Classic pada 31 Mei dan Terbuka Journal Rockford Open pada 11 Mei.